dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Batas Lintang, Perlis
  • Utama
  • Mengenai PI
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Lawatan ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Arau Bersama PI Perlis

24 Januari 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Januari 2016 telah berlangsung program Lawatan ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Arau Bersama PI Perlis. Program ini telah berjaya menarik minat seramai 31 orang peserta dari sekitar Perlis. Program ini bertujuan untuk membuat lawatan sambil belajar bersama ahli-ahli PI Perlis. Antara aktiviti yang dilakukan adalah lawatan, mendengar taklimat dan latihan kebakaran. Program ini dapat memberi pendedahan kepada para peserta tentang tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kebakaran. Selain itu, program ini dapat memberi pendedahan asas untuk menyelamatkan diri sekiranya kebakaran benar-benar terjadi. Latihan kebakaran ini sedikit sebanyak membantu memberi gambaran sebenarnya sekiranya kebakaran terjadi dan mereka mempunyai pengetahuan untuk menentang kebakaran. Melalui program ini, Pusat Internet 1 Malaysia berpeluang melakukan aktiviti bersama pegawai-pegawai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat cawangan Arau dan dapat merapatkan jurang antara komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.